Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai video tular di media sosial baru-baru ini berhubung kejadian seorang pelanggan menampar petugasnya di cawangan Johor Bahru.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapati suspek telah bertindak kasar selepas kenderaan perdagangan miliknya gagal ujian brek semasa pemeriksaan berkala.