KUALA LUMPUR – Sekumpulan individu bergaduh di ‘All Rider Kapcai Festival’ disyaki akibat dari kemalangan dua pihak yang menghadiri festival itu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya telah mengesan video tular kejadian itu yang berlaku di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Tik Tok sekitar jam 2.48 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian kemalangan melibatkan dua pihak yang hadir ke festival itu dan sehingga kini tiada mana-mana pihak terlibat tampil membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pihak polis sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur berhubung insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan juga mendapati, video tular itu juga telah dikongsi sebanyak 3,504 pengguna di aplikasi Tik Tok.

“Polis akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang mengugat ketenteraman awam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here