Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berucap dan merasmikan Pertandingan Esei Undang-Undang Perlembagaan Azmi Khalid 2025 di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyifatkan Allahyarham Pof Madya Dr Azmi Khalid sebagai sosok hebat yang diibaratkan ‘gergasi’ dalam undang-undang Perlembagaan di negara ini.

Beliau berkata, sikap bekas pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) itu budiman dan merendah diri, menjadikan pembelajaran subjek undang-undang menjadi lebih mudah.

Ini kerana, undang-undang perlembagaan membentuk nadi kepada semua undang-undang dan pembelajarannya adalah kompleks dan terjalin dengan banyak konsep.

Sebahagian tetamu kehormat turut hadir ketika forum bertajuk Hidup Untuk Memimpin: Perjalanan Ketua Hakim di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 JANUARI 2025

“Mungkin peristiwa malang terbesar bagi fakulti ini dan pelajar semasanya ialah bukan sahaja mereka tidak berpeluang bertemu dengan orang hebat ini, malah mereka telah kehilangan semua peluang untuk belajar daripadanya.

“Dalam kapasiti itu, perkara yang boleh saya lakukan ialah kembali ke sini sebagai alumni yang berterima kasih dan berucap sempena majlis yang sangat diraikan ini untuk mengenang kasih sayang seorang pensyarah tercinta, Profesor Madya Azmi Khalid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pertandingan Esei Undang-Undang Perlembagaan Azmi Khalid di UM di sini hari ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (kiri) menyampaikan ucaptama forum bertajuk Hidup Untuk Memimpin: Perjalanan Ketua Hakim di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 JANUARI 2025

Tunku Maimun merupakan graduan daripada kumpulan pelajar dari Fakulti Undang-Undang UM pada tahun 1982.

Sementara itu, Azmi merupakan graduan daripada London School of Economic dan School of Oriental and African Studies, London untuk pengajian undang-undang.

Pada tahun 1974, beliau menyertai Universiti Malaya untuk mengajar Undang-undang Antarabangsa dan Perlembagaan sehingga dilantik Timbalan Dekan pada tahun (1980-1983) dan (1986-1988).

Pada tahun 1987 dan 1988 ketika Operasi Lalang, Azmi terlibat dalam permohonan habeas corpus ke atas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau didiagnos kanser ketika bersabatikal di Human Ringkats Internet di Havard University, Massachuset dan menjalani pembedahan di sana.

Allahyarham kemudian dirawat di Australia dan meninggal di negara itu pada 22 Mei 1992.

Mengulas lanjut, Tunku Maimun berkata, sesuatu yang menyedihkan apabila Azmi tidak dapat menyaksikan keputusan-keputusan penting Perlembagaan negara sejak sedekad yang lalu.

Beliau yakin, seandainya allahyarham masih hidup, Azmi akan berbangga apabila mengetahui buah fikirannya yang terpelajar dan pelajaran yang tidak ternilai memainkan peranan penting dalam merealisasikan keputusan dalam Perlembagaan negara.

“Oleh itu apa yang boleh kita lakukan ialah mengingatinya dan terus mengekalkan warisannya yang amat besar.

“Saya gembira melihat pertandingan ini dianjurkan untuk menghargai beliau,” katanya.

Tengku Maimun Tuan Mat (tengah) ketika beramah mesra bersama tetamu pada forum bertajuk Hidup Untuk Memimpin: Perjalanan Ketua Hakim di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 JANUARI 2025

Sementara itu, Fakulti Undang-Undang UM mengumumkan pelancaran Pertandingan Esei Undang-undang Perlembagaan Memperingati Azmi Khalid kali kedua yang bertujuan untuk menggalakkan penerokaan isu undang-undang perlembagaan, menggalakkan pemikiran kritis dan memupuk generasi baharu ulama terkemuka di Malavsia

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa yang kini mendaftar di universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia dari semua bidang pengajian yang mempunyai minat yang mendalam terhadap undang-undang perlembagaan dan kesarjanaan undang-undang.

Peserta dijemput untuk menghantar esei yang melibatkan isu semasa, cabaran dan perkembangan dalam undang-undang perlembagaan, dengan tumpuan khusus pada penggunaannya dalam konteks Malaysia.

“Fakulti Undang-Undang berterima kasih kepada alumni kami yang telah menamatkan pengajian pada tahun 1982 kerana telah menaja hadiah ini.

“Hadiah untuk mengenang sumbangan Allahyarham Profesor Madya Dr Azmi Khalid kepada undang-undang awam di Malaysia,” kata Dekan Fakulti Undang-undang UM, Profesor Dr Jason. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here