BAITULMAQDIS – Menteri Kewangan Israel berhaluan kanan, Bezalel Smotrich mengancam untuk menggulingkan kerajaan jika ia tidak menduduki Semenanjung Gaza.
Menteri pelampau itu menggelar perjanjian gencatan senjata Gaza sebagai “kesilapan yang sangat serius” dan “menyerah kepada Hamas.”
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran banduan Gaza berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) pada hari Ahad selepas kelewatan beberapa jam selepas Israel menuduh Hamas menangguhkan pembebasan senarai tawanan yang akan dibebaskan.
Jadual asal bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan (0630GMT).
Israel “mesti menduduki Gaza dan mewujudkan kerajaan tentera sementara kerana tidak ada cara lain untuk mengalahkan Hamas.
“Saya akan menggulingkan kerajaan jika ia tidak kembali berperang dengan cara yang [membawa kepada kita] mengambil alih seluruh Semenanjung Gaza dan mentadbirnya” kata Smotrich kepada Radio Tentera.
Terdahulu, Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Itamar Ben-Gvir mengumumkan penarikan diri partinya daripada gabungan pemerintah selepas gencatan senjata Gaza.
Selepas penarikan parti Ben-Gvir, gabungan pemerintah masih bertahan dengan 62 kerusi Parlimen di Knesset yang mempunyai 120 kerusi.
Pada hari Sabtu, 24 menteri dalam kerajaan meluluskan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran banduan manakala lapan menolaknya. – MalaysiaGazette