Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang wanita membuat laporan polis selepas kesan kemerahan di muka bayinya yang berumur 10 bulan disahkan bukan kesan alahan, sebaliknya berpunca dipercayai daripada air panas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini pada 13 Januari lepas.

Beliau berkata, ibu bayi itu telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada jam 7 pagi hari terbabit.

Namun, dia dihubungi pengasuh pada pukul 1.52 tengah hari memberitahu keadaan muka anaknya mengalami kemerahan semasa bangun daripada tidur.

“Ibu mangsa mengambil anaknya dari rumah pengasuh dan terus membawanya ke klinik kesihatan dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

“Setelah pemeriksaan lanjut oleh pakar kulit mengesahkan keadaan kemerahan di muka bayi itu berpunca kesan panas yang berkemungkinan terkena muka anaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, kes masih disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here