GAZA – Gaza dan rakyatnya “akan bangkit semula” dan membina semula wilayah yang dilanda serangan Israel selama lebih 15 bulan lalu.
“Gaza, dengan rakyatnya yang hebat dengan ketabahannya, akan bangkit semula untuk membina semula apa yang telah dimusnahkan oleh Israel dan meneruskan kehidupan penjajahan itu dikalahkan,” kata Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari kedua gencatan senjata dengan Israel .
Menurutnya, sepanjang 471 hari, jenayah sistematik oleh Israel telah gagal untuk menghalang penduduk Gaza melakukan penentangan berani dalam menghadapi pencerobohan.
Peperangan di Gaza meletus selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, yang mengakibatkan kematian 1,210 orang, kebanyakannya orang awam.
Tindak balas tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 46,913 orang di Gaza, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas.
Gencatan senjata awal 42 hari berkuat kuasa pada Ahad, dengan Hamas dan Israel melakukan pertukaran tebusan.
Hamas membebaskan tiga tebusan Israel sebagai pertukaran untuk kira-kira 90 tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara rejim zionis itu. – MalaysiaGazette