Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – UMNOSiswa UITM terkilan dengan jawapan balas Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) yang didakwa di Utusan Online, ingin membisukan suara mahasiswa dengan ugutan tindakan undang-undang.

Selaku sebuah pertubuhan yang mewakili staf UiTM, mereka telah mengambil langkah untuk menunding jari dan seolah-olah ingin menafikan masalah yang berlaku membelenggu universiti ini.

Dalam kenyataannya, UMNOSiswa UiTM menegaskan pihaknya sentiasa terbuka dan amat mengalu-alukan pertemuan bersama dengan pihak KKUUiTM dan berbincang mencari penyelesaian dan langkah sewajarnya kepada isu ini.

“Pada pendapat kami, selain penurunan jumlah bas yang beroperasi pada semester ini, mungkin wujud kekangan yang dihadapi lain juga oleh pemandu bas daripada segi jam bekerja dan bayaran lebih waktu.

“Isu ini bukan semata-mata atas tindakan pemandu bas itu sahaja, pihak kami juga sedang melakukan tinjauan, menerima pelbagai maklum balas mengenai isu bas dan kami sedang menyiapkan satu laporan lengkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berdasarkan pemerhatian UMNOSiswa UiTM, wujud ketidakupayaan dalam memperuntukkan sumber untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan sistem bas.

Ia menunjuk kewujudan isu yang lebih mendalam disamping telah menjadi isu ini hangat yang diperkatakan oleh mahasiswa keseluruhannya.

“Kenyataan kami tidaklah memukul rata semua pemandu bas yang ada di UiTM ini, kami menghargai akan betapa pentingnya mereka sebagai aset penggerak kepada pelajar dalam urusan harian di universiti ini.

“Kenyataan yang dibuat untuk menyuarakan suara mahasiswa yang terbabit dan dilakukan dengan niat baik untuk membangkitkan dan membincangkan perkara yang berkepentingan umum kepada mahasiswa khususnya mahasiswa UiTM Shah Alam.

“ami daripada UMNOsiswa UiTM, mestilah membangkitkan dan menyuarakan permasalahan mahasiswa. Jika ada permasalahan daripada pihak pemandu bas selaku staf UiTM, kami mengamati ia wajar dibangkitkan dan diperjelaskan oleh pihak KKUUiTM seperti termaktub dalam tujuan penubuhan organisasi itu,” tegasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here