Steven Sim

PUTRAJAYA – Kerajaan kini dalam proses menubuhkan beberapa pasukan petugas (task force) tambahan bagi menyemak semula 28 undang-undang perburuhan bagi menyelaraskan perundangan agar lebih sesuai dengan keperluan semasa.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya telah mengarahkan KSU untuk menubuhkan pasukan petugas dan jika perlu.

“Persatuan itu bukan sahaja melibatkan warga kementerian, tetapi juga wakil kesatuan, majikan, dan golongan teknikal.

“Antara isu utama yang akan ditangani ialah pertindihan antara Akta 177 (Akta Perhubungan Perusahaan 1967) dan Akta 605 (Akta Benda-Benda Berkarun).

“Ada pertindihan antara Akta 177 dan Akta 605 yang menyebabkan isu khusus dari segi representasi ke Mahkamah Perusahaan. Semua ini akan diteliti dalam perjalanan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri lawatan kerja bersama Gabungan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Bebas (GKSBBDSB) di Menara PERKESO, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Steven memberitahu, beberapa peruntukan lama yang tidak lagi relevan turut akan dikaji semula.

“Antaranya larangan wanita bekerja pada waktu malam, yang dianggap ketinggalan zaman dan perlu dimodenkan.

“Kita ingin memurnikan dan mengemaskini perundangan yang sudah tidak relevan, supaya ia selaras dengan keadaan semasa,” tambahnya.

Sebelum ini, pakar industri menggesa kerajaan menyemak undang-undang perburuhan yang dianggap terlalu kompleks.

Antara cadangan utama adalah penambahbaikan Akta Kerja 1955 dan perlindungan lebih baik untuk pekerja sambilan dan kontrak.

Steven Sim turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan perkembangan terkini mengenai kajian semula ini secara berkala untuk menunjukkan komitmen kerajaan terhadap reformasi buruh yang adil dan inklusif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here