Orang ramai memakai pakaian tradisional dalam acara Keretapi Sarong tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Acara ikonik Keretapi Sarong telah menerima penghormatan dengan Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025 oleh ASEAN Tourism Association (ASEANTA).

Pengiktirafan berprestij Anugerah Kecemerlangan ASEANTA disampaikan sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025, yang diadakan di Johor Bahru, Malaysia hari ini.

Anugerah ini meraikan perjalanan luar biasa selama lapan tahun Keretapi Sarong dalam usaha memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia.

Diadakan setiap tahun bersempena Hari Malaysia, acara ini telah menjadi simbol perpaduan, menarik ribuan peserta berpakaian sarung tradisional yang bersama-sama menjelajah negara menggunakan kereta api.

Acara ini dianjurkan oleh LOCCO, sebuah platform budaya yang didedikasikan untuk meraikan warisan Malaysia, Keretapi Sarong berjaya menghubungkan komuniti, menyemai nilai inklusiviti, dan menonjolkan keindahan budaya Malaysia ke mata dunia.

Pengarah Keretapi Sarong dan Pengasas Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, anugerah ini adalah bukti semangat kolektif rakyat Malaysia dan kecintaan kita terhadap warisan budaya.

“Memelihara budaya bukan sekadar mengingati masa lalu, tetapi memastikan generasi akan datang mewarisi legasi yang kaya dan
bermakna yang dapat mereka banggakan.

“Keretapi Sarong bukan sekadar sebuah acara – ia adalah platform tradisi bertemu kemodenan, menyemai perpaduan dan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pendekatan unik LOCCO dalam menganjurkan Keretapi Sarong telah menjadikannya satu perayaan kebersamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2024, Keretapi Sarong terus mencipta sejarah dengan penyertaan seramai 25,250 peserta di seluruh negara, menjadikannya edisi terbesar sejak penganjurannya.

Daripada jumlah ini, 15,000 peserta menyertai acara utama di Lembah Klang/Kuala Lumpur, manakala penyertaan terkumpul seramai 10,250 peserta direkodkan dari pelbagai negeri, termasuk Ipoh, Kuala Terengganu, Tumpat, Johor Bahru, Kuantan, dan Bukit Mertajam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here