Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkasakan Konsep Payung Rahmah Madani tahun ini dengan memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert (SIM@PAX).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, SIM@PAX merupakan inisiatif kerjasama bersama Petronas demi membantu golongan berdendapatan rendah dengan mengurangkan kos penyelenggaran kenderaan.

Katanya, program tersebut menawarkan pakej penyelenggaraan kereta di 130 bengkel Petronas AutoExpert seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Pelaksanaan pertama SIM@PAX ini akan bermula 24 hingga 28 Januari ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina di 95 pusat bengkel Petronas AutoExpert seluruh negara,”katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Fuziah Salleh.

Menurut Armizan, SIM@ PAX yang kini dimulakan sebagai projek rintis  menawarkan pengurangan harga minyak pelincir jenis mineral dan semi sintetik pada harga istimewa antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Orang ramai boleh membuat temu janji sebelum hadir ke bengkel PETRONAS AutoExpert melalui sistem Setel.

Armizan berkata, SIM@PAX akan dilaksanakan pada setiap musim perayaan utama Malaysia bermula tahun ini melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, HaribRaya Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali, Krismis dan Hari Kebangsaan.

“Menerusi hala tuju K.P.D.N K.I.T.A kementerian mensasarkan pelaksanaan 14 strategi sepanjang 2025,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here