Suasana orang ramai yang terkandas tidak dapat menunaikan umrah kelihatan sebak sementara menunggu di pejabat urusan Hejira Travel and Tours di Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

PUTRAJAYA – Mangsa penipuan syarikat pengendali umrah dinasihatkan supaya memfailkan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, platform tersebut merupakan cara terbaik untuk pengguna memperjuangkan hak mereka.

“Kita mengalu-alukan mereka yang terlibat untuk tampil ke TTPM bagi menangani sebarang bentuk penipuan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN, di sini.

Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai 379 bakal jemaah umrah yang sepatutnya terbang ke Tanah Suci bermula Selasa namun malangnya  ditunda oleh syarikat berkenaan pada saat akhir.

Difahamkan setakat ini hanya 20 individu yang menerima pemulangan wang.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd membuat permohonan maaf secara terbuka dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah.

Pemilik syarikat berkenaan dan isterinya kemudian ditahan reman selama tiga hari berikutan dakwaan penipuan.

Mengulas lanjut Armizan, segala bentuk penipuan perlu ditangani.

“Orang kumpul duit untuk pergi umrah tetapi akhirnya hasrat baik mereka terencat disebabkan oleh perkara tertentu yang melibatkan pengurusan syarikat umrah,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here