Wanita warga emas dikesan buang sampah di luar tong sampah menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Foto MBPJ

KUALA LUMPUR – Padah membuang sampah di luar tong disediakan, seorang wanita warga emas dikompaun sehingga RM1,000 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

MBPJ berkata, perbuatan wanita itu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran tong sampah berkenaan.

“Sebagai langkah tegas, pihak MBPJ telah mengeluarkan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, Pelupusan Sampah-sarap (UKPPS MBSJ) 2007 terhadap wanita terbabit.

“Kesalahan dikesan di Jalan PJS 6/3 yang memperuntukkan denda sebanyak RM1,000” kata menerusi hantaran di Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, MBPJ kekal komited dalam usaha membanteras isu pembuangan sampah haram di dalam kawasan pentadbirannya.

Selain itu, MBPJ akan menjalankan pemantauan secara berkala dari masa ke masa terhadap individu yang melanggar peraturan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here