Suspek dibenarkan reman selama tiga hari.

BUTTERWORTH – Seorang pekerja medan selera direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Sungai Puyu, di sini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Balqis Roslin bermula, hari ini, sehingga 22 Januari depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap polis berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah jam 10.50 pagi dengan diiring polis.

MalaysiaGazette difahamkan bertindak atas maklumat dan risikan pihak polis menyerbu kediaman tersebut semalam kira-kira jam 7.30 malam.

Suspek dikatakan aktif sejak setahun lalu dalam menjalankan kegiatan penjualan mercun.

Hasil pemeriksaan suspek yang aktif dalam penjualan mercun sejak setahun lalu itu gagal mengemukakan permit yang sah sebelum pihak polis merampas 161 kotak pelbagai jenis mercun bernilai RM125,000.

Difahamkan, siasatan polis mendapati suspek mendapat bekalan dari Kuala Lumpur dan mercun tersebut dipercayai dijual sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here