Mohd Rezuan didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan menyebabkan kematian seorang nelayan pada 8 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Rezuan Ab Jalil, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat telah menyebabkan kematian Rodzi Mohd Tahir, 47, di hadapan Masjid Mini Haji Othman, Kuala Muda, Penaga dekat sini, antara jam 6.30 pagi hingga 6.25 petang pada 8 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala tiada peguam mewakili tuduh.

Ketika prosiding Muhammad Rifaie menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu lapor diri di balai polis terdekat setiap dua minggu sekali.

Nor Azah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti diminta DPP.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 21 Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN

Nelayan mati ditikam, dua penganggur direman tujuh hari

Suspek ketiga kes tikam mati nelayan direman hari ini

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, tiga lelaki ditahan secara berasingan bagi membantu kes tikam mati seorang nelayan dalam kejadian di hadapan sebuah masjid berhampiran Pasar Bisik Kuala Muda di Penaga dekat sini.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, pihak polis menerima panggilan daripada Hospital Kepala Batas memaklumkan menerima seorang lelaki berusia 47 tahun dalam keadaan parah akibat ditikam di bahagian rusuk kiri.

Mangsa dikatakan dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya selepas ditikam suspek berusia 41 tahun menggunakan sebilah pisau yang dipercayai milik suspek kedua.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek utama sebelum mangsa melibaskan ekor ikan pari ke arah suspek.

Berang dengan tindakan mangsa, suspek bertindak menikam lelaki itu dan mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas lebih 10 jam dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital tersebut. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here