Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari bercakap pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef)  dalam proses mengemas kini pelan penghantaran pulang kumpulan warga Palestin yang dirawat di Malaysia ke negara asal.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, operasi penghantaran akan dilaksanakan sejurus mendapat kelulusan pihak berkuasa Palestin dan Mesir.

Menurutnya, kementerian juga akan memantau perkembangan di Palestin sebelum melaksanakan sebarang misi penghantaran pulang.

“Operasi ini adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sudah maklum mengenai perkara tersebut (penghantaran pulang).

“Ini masa sesuai untuk menghantar mereka pulang. Jadi, beberapa aspek lain perlu dilihat sebelum operasi dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran (ATM) Bersama Menteri Pertahanan di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum ini, sermai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza tiba di Malaysia dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pada 16 Ogos lalu.

Misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan, selain menunjukkan solidariti rakyat negara bersama warga Palestin serta pendirian Malaysia menentang tindakan tidak berperikemanusiaan atau genosid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here