Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan selepas memotong sebuah kereta di kilometer (KM) 10.8, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan pada pukul 8 malam itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggang mangsa dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal berkenaan yang ditunggang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dalam perjalanan dari arah Kempas menuju ke Bukit Amber.

“Dalam perjalanan itu, penunggang motosikal terbabit telah mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan bagi memotong kereta berkenaan yang dipandu seorang wanita berusia 20 tahun.

“Akibat tindakan penunggang motosikal itu, pemandu kereta berkenaan tidak sempat menekan brek dan memberhentikan kereta lalu melanggar motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana dengan melulu atau berbaya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin 011-35807871.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here