Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

PUTRAJAYA – Peruntukan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) tahun ini telah dinaikkan kepada RM10 juta daripada RM5.8 juta pada tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, usaha ini dilihat dapat memperkasakan kesatuan sekerja melalui program-program peningkatan latihan kemahiran serta pendigitalisasi operasi pengurusan kesatuan sekerja.

“Apabila saya turun ke pejabat, saya dapat dengar banyak isu berkaitan pengurusan teknologi maklumat dan mereka telah meminta dana digitalisasi.

“Diharapkan dengan adanya usaha ini, pengurusan kesatuan kerja dapat diperkasakan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri lawatan kerja bersama Gabungan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Bebas (GKSBBDSB) di Menara Perkeso, di sini, hari ini.

Steven turut memberitahu bahawa setakat ini terdapat 759 kesatuan kerja di seluruh negara dan keahlian melebihi 1 juta pekerja.

“Pekerja digalakkan untuk menyertai kesatuan supaya dapat menjadi platform bagi para pekerja untuk memperjuangkan kebajikan mereka,” tambahnya.

Lawatan kerja ini juga menandakan pertemuan pertama kali di antara Steven dan GKSBBDSB.

Mesyuararat bersama GKSBBDSB ini dianggotai oleh Kesatuan Kakitangan PERKESO, Kesatuan Kakitangan PERKESO Sarawak, Kesatuan Kakitangan PERKESO Sabah, Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji (KESAKTI), Kesatuan Pegawai-Pegawai Bank Simpanan Nasional (KPPBSN), Kesatuan Pegawai Hasil Dalam Negeri Malaysia (IROU), Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Semenanjung Malaysia (KEJASA), Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (KKLTAT) dan Kesatuan Kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (KEBAT). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here