Antara rampasan rokok putih yang cuba diseludup untuk pasaran tempatan di Tumpat, Kelantan. Foto PGA

KUALA LUMPUR – Batalian 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menumpaskan Sindiket penyeludupan rokok yang membawa kepada rampasan ebih 2,000 karton rokok putih bernilai Rm510,000.

Komander PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Hamid berkata, rampasan dilakukan di Jalan Tanjong Kuala dan Jalan Hulu Pasar, Tumpat, Kelantan, semalam.

“Pasukan ternampak dua kenderaan jenis Nissan Grand dan Toyota Avanza dalam keadaan mencurigakan yang ditinggalkan di tepi jalan dan tidak berkunci.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dianggarkan lebih 2,000 karton rokok putih disyaki untuk diseludup ke pasaran tempatan ditemui dengan nilai rampasan termasuk kenderaan terbabit RM510,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dua kenderaan dan rokok putih yang dirampas dalam Ops Taring Wawasan Kelantan oleh Batalio 8, PGA. – Foto PGA

Katanya, operasi dijalankan sepasukan Batalion 8 kira-kira jam 11.30 malam hingga 1.15 pagi menerusi misi Ops Taring Wasasan Kelantan.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengakalan Kubur untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 134(1)(d) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here