Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Brussel, Belgium pada 19 Januari 2025. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

“Namun, perkara itu sukar berlaku jika rakyat, khususnya golongan belia dan anak muda, masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak,” katanya dalam majlis santai bersama diaspora Malaysia di Brussels, Belgium seperti dikongsikan dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Belgium, turut menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.

“Justeru, nasihat saya adalah untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan daripada semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara agar negara tidak ketinggalan di persada dunia,” tambahnya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here