Mohd Zuhan Mohd Zain

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) didakwa gelojoh dan terdesak apabila menamakan calon mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

Sedanhkan, gabungan tersebut tidak menyedari atau tahu kemampuan mereka dalam suasana politik hari ini, kata Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

“Penyusunan pihak PN berkenaan calon Perdana Menteri dilihat sebagai suatu langkah yang tidak relevan ketika ini dalam mendepani situasi mencabar terhadap negara.

“Seharusnya Pas dan PN perlu sibukkan diri dengan agenda memajukan negara serta mengimbangi pentadbiran kerajaan hari ini, bukan hanya sibuk dengan politik semata-mata tanpa ada masa untuk diberikan kepada perjuangan serta ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kluang melihat perkembangan itu sebagai tindakan terdesak PN kerana tidak sesuai pada masanya.

Seharusnya kata beliau, Pas dan PN perlu menunggu bagi melantik calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka ketika musim pilihan raya nanti.

Katanya, Amanah Johor juga melihat perbalahan sesama komponen PN dalam menentukan pihak mana sebagai calon Perdana Menteri sebagai hubungan yang rapuh.

“Boleh dianggap suatu gabungan yang tidak kukuh dan banyak menimbulkan perbalahan sesama mereka,” ujarnya.

Justeru katanya, Amanah Johor berharap semua pihak dapat menghentikan sikap tamak politik dan bantu negara bagi berhadapan kemelut global yang mencabar ketika ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa PN tidak menghadapi masalah untuk mencari calon Perdana Menteri daripada kalangan parti gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

Ahli Parlimen Machang itu dalam satu kenyataan berkata, PN boleh mengemukakan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.-   MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here