Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus kedai alat ganti kenderaan berputih mata selepas wang simpannya sebanyak RM397,815 ‘hangus’ dalam pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, semuanya bermula apabila mangsa yang merupakan lelaki berusia 46 tahun dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek menghantar mesej kepada mangsa dan memperkenalkan diri sebagai Alice Kirana, suspek menggunakan modus operandi ini yang kononnya tersilap menghantar mesej.

“Mangsa kemudian menjalin hubungan dengan suspek yang menawarkan pelaburan melalui aplikasi GRS dengan menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus dalam masa singkat dengan modal permulaan serendah RM515,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tertarik dengan janji-janji manis tesebut, mangsa telah membuat 15 transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank yang berbeza sehingga mencecah RM397,815.

“Suspek kemudiannya menghantar tangkap layar (screen shot) palsu yang menunjukkan keuntungan yang diterima mangsa sebanyak RM623,430.

“Bagaimanapun, apabila mangsa ingin mengeluarkan keuntungan tersebut, suspek meminta mangsa membuat pembayaran tambahan sebanyak RM218,000 sebagai proses pengeluaran,” ujarnya.

Mangsa ujarnya, menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Johor Bahru Selatan di sini.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here