Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 04 NOVEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara atau ‘gag order’ dalam isu kes titah adendum lewat petang tadi melalui e-filing.

Perintah itu bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan titah yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Media melaporkan, perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Sivil AGC, Shamsul Bolhassan.

Manakala Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee juga mengesahkan kepada MalaysiaGazette bahawa permohonan AGC telah difailkan sekitar 7.45 malam tadi melalui e-filing hari ini.

Artikel berkaitan: Gag order: Kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara

Tidak perlu ada gag order, jangan tutup suara rakyat – Zai

Gag order titah adendum langkah terkebelakang – MCA

Gag order adendum boleh akibatkan rakyat percaya ada rahsia disorok

Bukankah ‘gag order’ ini sudah terlambat? – Shafee

AGC memfailkan permohonan itu dengan alasan untuk melindungi institusi diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

Sebelum ini, Najib telah mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab atau mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here