KUALA NERUS – Seramai 230 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil bahagian dalam program Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda Bagi Zon Timur (Terengganu) 2025 yang berlangsung di Dewan Persidangan 2, UMTCC, UMT baru-baru ini.
Program ini inisiatif anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Pertubuhan Nusa Bangsa (NUSA), Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT.
Program ini berhasrat meningkatkan keprihatinan dan komitmen golongan belia untuk menjadi warganegara muda yang aktif, prihatin dan holistik melalui aktiviti pendidikan politik.
Program ini dijayakan dengan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melibatkan diri secara berkesan dalam proses demokrasi dan pembuatan keputusan.
Bengkel ini juga direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai aspek demokrasi, termasuk penerokaan konsep demokrasi, pemahaman terhadap proses pilihan raya, serta peranan belia dalam memberi impak positif kepada sistem demokrasi.
Program ini turut merangkumi pelbagai aktiviti interaktif seperti e-Pembelajaran Kuasa Orang Muda, kempen media sosial, bengkel pendidikan, dan penyertaan dalam pasukan jalanan.
Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan
praktikal.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, program ini seiring dengan hasrat HEPA UMT untuk menjayakan pendidikan politik dalam kalangan mahasiswa.
Sebelum ini Unit Literasi dan Advokasi Politik atau ADVOKASI@UMT bagi menggerakkan usaha literasi politik secara tersusun. – MalaysiaGazette