Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di Cherating, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang tersepit manakala 13 yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Chendor, Cherating, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler, lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, tiga kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah kereta Honda Jazz.

“Ketika anggota JBPM Gebeng tiba di lokasi, didapati tujuh kenderaan tersebut dipercayai berlanggar secara berbaris dari arah belakang.

“Terdapat seorang lelaki dewasa cedera dan tersepit di dalam sebuah kereta Perodua Myvi, manakala semua mangsa di dalam kenderaan lain selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulfadli berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit itu menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here