Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin

KUALA LUMPUR – Agrobank menjalinkan nota kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM.

Kos keseluruhan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi ladang dalam sektor pertanian khususnya nanas, penternakan ayam dan perikanan ini adalah hampir RM30 juta.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, hasil sektor penanaman nanas, penternakan ayam dan perikanan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah mampu menggiatkan eksport antarabangsa.

Hasilnya bukan sahaja boleh dipasarkan dalam bentuk segar, malah boleh diproses menjadi pelbagai produce makanan dan produk hiliran.

Faktor ini menjadikan sektor-sektor ini sebagai industri yang berpotensi untuk terus berkembang, didorong oleh permintaan pasaran yang tinggi serta kepelbagaian kegunaan.”

Beliau berkata, kerjasama ini membuka peluang kepada pesara ATM sedia ada ataupun bakal pesara ATM untuk bergiat dalam industri pertanian yang berpotensi menjadi sumber pendapatan stabil kepada mereka, sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

Ia juga mencerminkan komitmen kami dalam
menjaga kebajikan warga veteran yang telah berbakti kepada negara.

Melalui Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM ini, Agrobank komited memacu industri agromakanan yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here