Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Pertama akan disalurkan secara berperingkat kepada hampir sembilan juta penerima berdaftar, bermula esok.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bayaran itu akan dikreditkan ke dalam bank akaun mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula pada minggu lalu akan memanfaatkan hampir sembilan juta pengguna atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.

Menteri Kewangan itu memberitahu, kerajaan telah menaikkan kadar maksmimum untuk isi rumah sebanyak 25 peratus kepada RM4,600, berbanding RM3,700 tahun lalu.

Manakala kadar minimum bagi golongan bujang turut dilonjakkan kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu, kenaikan sebanyak 20 peratus.

Peruntukan yang digunakan untuk STR adalah sebanyak RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion pada 2024.

Permohonan baharu dan kemas kini bagi STR akan dibuka sepanjang tahun di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my, untuk membolehkan verifikasi dilakukan mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here