Bekas kakitangan PAIP mengaku salah buat tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen 2 Kuantan

KUANTAN – Seorang bekas kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) hari ini dijatuhi hukuman denda RM15,000 kerana mengemukakan dokumen palsu tuntutan bayaran bagi kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman berjumlah RM10,340, empat tahun lepas.

Mohd Nizar Zainun, 43, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Terdahulu, bapa kepada empat anak itu dituduh mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu dan tidak wujud bagi pembekalan makan dan minum bagi program WSP Daerah Pahang berjumlah RM4,400.00.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Pengurusan PAIP, di sini pada 30 Disember 2021.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh membuat tuntutan palsu tentang suatu butir matan iaitu pembekalan makan minum serta peralatan berkaitan untuk peserta kursus berjumlah RM5,940.00 sedangkan tuntutan sebenar pembekalan tersebut berjumlah RM1,940.00 sahaja.

Dia didakwa melakukan perkara tersebut di tempat yang sama pada 28 Februari 2022.

Bagi kesalahan terbabit, Mohd Nizar didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Fadli Mohd Zamri, manakala tertuduh diwakili pehuam Amzarul Khuderi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN 

Dua kakitangan PAIP tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here