Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berucap pada sidang media membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ibu Pejabat, Putrajaya pada petang ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 21 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapatkan izin untuk mendakwa dua individu dalam tempoh terdekat berhubung kes rasuah membabitkan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Ia membabitkan kes rasuah Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang – Pakej CA3 bernilai RM1,053,276,514.55 dan Projek Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam yang bernilai RM4.8 billion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pendakwaan akan dibuat ke atas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya.

“Beliau akan didakwa dengan dua pertuduhan di bawah
Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Turut didakwa Pengurus Projek syarikat swasta dengan tiga pertuduhan di bawah seksyen sama,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Pada Jun lalu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersedia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsensi lebuh raya bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Sumber berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here