Logo Bomba

ALOR SETAR – Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard, dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Azhar Mohamad berkata, setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi dan dimaklumkan terdapat tiga lelaki berada dalam rumah. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azhar berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar yang dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal api pada 7.11 pagi.

Sementara itu, saksi kejadian Jefri Ahmad, 51, berkata, dia menyedari kebakaran berlaku selepas menjenguk ke luar rumah menerusi tingkap setelah mendengar bunyi bising.

“Saya nampak api sedang marak dan terus menghubungi bomba. Saya tahu rumah itu didiami lima individu termasuk dua yang ditemukan rentung,” katanya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here