KUALA LUMPUR – Seorang wanita bersama teman lelakinya yang disyaki mendera hingga mati kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Bukit Ampang, Selangor akan dituduh esok.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 36 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Ampang jam 10 pagi.
Terdahulu, polis telah menahan wanita dan teman lelakinya di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang, jam 5.17 petang pada 10 Januari lalu kerana mendera hingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki itu.
Mohd Azam melaporkan, ibu kandung mangsa memaklumkan kanak-kanak itu sedang tidur dan sudah tidak bernafas pada 2.36 petang sebelum anggota bertugas diarah ke lokasi untuk tindakan lanjut.
Katanya, mangsa meninggal dunia di rumah dan hasil bedah siasatn Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematiannya adalah kerana pendarahan di dalam kepala. – MalaysiaGazette