King Sing menyampaikan anugerah dalam penutupan ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru malam tadi

JOHOR BAHRU – Johor komited mempromosikan amalan pelancongan lestari dengan menawarkan amalan yang mesra alam, bertanggungjawab dan memperkasa komuniti setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven Kumar berkata, antaranya dengan menyediakan penginapan yang menggunakan sumber tenaga boleh diperharui selain menpromosikan penjimatan penggunaan air di hotel atau resort.

“Bagi pelancongan berasaskan hidupan liar, kita menggalakkan amalan melihat hidupan liar secara beretika selain menyokong usaha pemuliharaan dan memastikan perlindungan spesies terancam.

“Kita juga menggalakkan pelancongan berasaskan komuniti. Ini bagi memperkasakan komuniti setempat dengan melibatkan mereka dalam aktiviti pelancongan dan memastikan mereka mendapat manfaat daripada kegiatan pelancongan.

“Mempromosikan pengangkutan lestari dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk mengurangkan pelepasan karbon,” katanya berucap dalam berucap dalam penutupan ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Persada, di sini, malam tadi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyempurnakan penutupan tersebut yang dihadiri lebih 200 delegasi ASEAN.

Majlis turut menyaksikan Malaysia menjadi antara negara memenangi Anugerah ASEAN Public Toilet Standard 2025 – 2027 serta Anugerah Homestay Standard 2025 – 2027.

Raven berkata, pihaknya percaya kemudahan dan teknologi terkini mampu membentuk masa depan sektor pelancongan yang akan memudahkan perjalanan selain meningkatkan aksesibiliti.

Sementara itu, King Sing berharap, ATF 2025 membuka peluang kepada delegasi terbabit untuk merasai keindahan dan keunikan negara ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Johor atas bantuan diberikan sepanjang ATF 2025 selain menyeru delegasi untuk menyokong Tahun Melawat Johor 2026.

“Dalam kita menantikan 2026 iaitu tahun yang penting sejajar sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, saya menyeru semua menteri dan delegasi untuk terus menyokong kami.

“Kami alu-alukan anda untuk kembali bersama-sama rakan dan keluarga untuk sama – sama meneroka kecantikan dan kepelbagaian Malaysia,” katanya.

Beliau memberitahu, ATF 2026 akan diadakan di Cebu, Filipina pada tahun depan dan percaya dengan kebudayaan serta keunikan dimiliki negara itu sebagai tuan rumah akan menjayakan ATF tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here