Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan membayangkan ada kenaikan  elaun bagi petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat ini.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa isu tersebut akan diputuskan secara muktamad dalam mesyuarat Kabinet pada hari tersebut.

“Perdana Menteri memberitahu saya supaya menunggu (keputusan mesyuarat) Kabinet Jumaat ini, untuk membuat keputusan yang tuntas.

“Insya-Allah, boleh jangkakan sesuatu yang baik,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dzulkefly juga mengulas mengenai kemungkinan untuk mengembalikan diskaun 50 peratus bagi pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital kerajaan.

“Buat masa ini, ia masih bagus. Jika ada perubahan-perubahan yang lain, saya akan beritahu,” ujarnya.

Sebelum ini, pemegang kad UNHCR layak menerima diskaun 50 peratus untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital kerajaan.

Namun, bayaran deposit bagi bukan warganegara adalah antara RM3,000 hingga RM5,000, menjadi beban bagi pelarian yang kebanyakannya tidak dibenarkan bekerja secara rasmi di Malaysia.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here