Aedy Fadly Ramli

KUALA LUMPUR – Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina 2025 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ telah dilaksankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak semalam sehingga 9 Februari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sembilan kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 187 (Akta 333) menjadi fokus JPJ sepanjang operasi itu.

“Ia termasuk memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan.

“Selain itu, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang dan topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Ops Khas itu bertujuan memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan terutama semasa musim perayaan.

“Untuk Kempen Keselamatan Jalan Raya pula, kita akan melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan advokasi keselamatan jalan raya.

“Lebih daripada 30 program antaranya pameran, ceramah kesedaran, edaran kit keselamatan jalan raya dan program advokasi dengan kerjasama rakan strategik terutamanya pihak media,” ujarnya.

Katanya lagi, JPJ komited memastika keselamatam pengguna untuk mencapai  sasaran pengurangan statistik kematian serta kecederaan akibat kemalangan jalan raya berkurangan 50 peratus menjelang 2030.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here