Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya (kiri) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir pada sidang media membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ibu Pejabat, Putrajaya pada petang ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 21 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku sejumlah RM22 juta aset dibekukan melibatkan 98 akaun syarikat menerusi menerusi Op Sky iaitu sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, sehingga kini, seramai 21 individu telah ditahan membabitkan kakitangan syarikat, 12 pegawai bank dan seorang awam.

“Kita tidak menolak akan ada lagi tangkapan susulan di mana melibatkan lima ke enam bank yang beroperasi di Malaysia dengan pinjaman berjumlah RM700 juta.

“Namun kita tidak boleh mengatakan ia satu bentuk kerugian kerana kita sedang buat analisis dan mendapatkan keterangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan, seramai 12 individu ditahan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

Ia hasil serbuan di 24 lokasi melalui Ops Sky yang dijalankan meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berucap pada sidang media membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ibu Pejabat, Putrajaya pada petang ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 21 JANUARI 2025

Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan, seorang pengurus, dan seorang bekas pengurus jualan institusi perbankan.

Sebanyak 4,000 dokumen dirampas bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki enggan mendedahkan nama bank yang terbabit.

“Kami tidak akan menamakan bank itu, tetapi apa yang saya boleh katakan terdapat lima atau enam bank terkenal yang sedang dalam siasatan,” katanya.

Siasatan awal mendapati terdapat pegawai di beberapa institusi perbankan menerima rasuah daripada pegawai syarikat perunding kewangan sebagai balasan untuk membantu memproses dan meluluskan pinjaman peribadi pelanggan yang dikenal pasti mempunyai hutang lapuk. – MalaysiaGazette

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki beramah mesra bersama pengamal media selepas selesai sidang media membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ibu Pejabat, Putrajaya pada petang ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 21 JANUARI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here