Paku yang diletakkan di KM20 Jalan Semporna- Tawau. Foto : Tular

SEMPORNA – Polis telah memanggil dan memberi nasihat kepada ibu bapa kanak-kanak yang meletakkan paku, batu dan kayu di KM20, Jalan Semporna- Tawau untuk mengawasi anak mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu membuang objek itu hanya untuk suka-suka.

Kanak-kanak itu juga didapati tinggal berdekatan dengan kawasan berkenaan.

“Insiden itu disedari seorang pengguna jalan raya yang juga dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

“Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku terhadap pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mohd Sabri turut memaklumkan bahawa pengadu dan pemandu bas pelancong yang lain telah membuang kesemua objek supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Kami amat berterima kasih dengan mereka yang prihatin dan mengambil tindakan segera.

“Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 089-782020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here