Sembilan termasuk seorang wanita mengaku salah terlibat jobscam di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Lapan lelaki dan seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan jobscam yang mensasarkan warganegara United Kingdom minggu lalu.

Lee Kok Hong, 28 Alvin Loh Kar Xuan, 20, Stella Teo Kai Ting, 20, Tristan Wong Yong Jing, 22 Liow Jia Wei, 21, Teng Kai Wen, 20 Ernest Koh Boyuan, 23, Chin Jun Soon, 20 dan Koh Zhi Yu, 24 mengangguk faham dan mengaku pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, semua mereka pada pukul 5 petang, 16 Januari lalu di Jalan Akasia 5, Marinea 1, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini, melakukan pakat jahat jenayah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu membuat penipuan atas talian dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud (job scam).

Menurusi cara itu mendorong dengan curangnya orang-orang yang terpedaya supaya memindahkan hartanya kepada kamu, iaitu suatu perbuatan yang menyalahi Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120b(2) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fang Leong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Tan Hik Tao dan G Neshaline.

Fang Leong memohon kesemua tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dengan mengambil kita kepentingan awam bagi mengelakkan masyarakat luar mengulangi kesalahan yang sama.

Katanya, perbuatan tertuduh yang mensasarkan mangsa dari United Kingdom telah menjatuhkan maruah dan memberi persepsi tidak baik negara luar kepada Malaysia.

Sementara itu, Hik Tao dalam hujah balasnya berharap, semua tertuduh diberi peluang untuk membetulkan diri mereka dan meneruskan kehidupan mereka seperti orang biasa.

Menurutnya, kesalahan dilakukan kesemua tertuduh juga adalah merupakan kesalahan pertama di samping mereka tidak mempunyai rekod lampau jenayah.

Ujarnya, semua tertuduh menyesal di atas perbuatan mereka dan berharap tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara.

Nurkhalida Farhana kemudian menetapkan denda RM7,000 setiap seorang jika gagal bayar penjara selama empat bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here