amai kurang senang dengan pemilihan Nazrudin Rahman dan Sissy Imann sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann dikecam netizen gara-gara dipilih sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada 16 Februari ini.

Sebelum ini, Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, pernah mengacara Muzik-Muzik 36 selama setahun dan menjadi hos karpet merah untuk edisi tersebut.

Sissy bakal bergandingan dengan Naz Rahman untuk mengendalikan anugerah berprestij yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

AJL39 menyaksikan 10 karya berentap merebut gelaran juara. Lagu tersebut adalah Diam (Hael Husaini), Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Pujaanku (Masdo ft Aishah Aziz), Risiko (Benzoloo, Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

Penonton bukan sahaja boleh menyaksikan AJL39 secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam tetapi juga secara langsung di Axiata Arena atau menerusi platform dalam talian seperti www.tonton.com.my.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web www.wowtix.com.my.

AJL39 menjanjikan malam penuh bintang dengan persembahan hebat yang pastinya menjadi perbualan hangat peminat muzik tanah air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here