KUALA LUMPUR – RAM Ratings menjangkakan terbitan bon korporat kekal positif antara RM110 bilion-RM120 bilion pada 2025, disokong oleh pembiayaan infrastruktur dan keperluan pembiayaan perniagaan.

Agensi penarafan itu menyatakan terbitan bon korporat naik kepada RM124.2 bilion pada 2024, melepasi RM118.3 bilion tahun sebelumnya, didorong oleh sektor kewangan (RM51.7 bilion) dan hartanah (RM19.9 bilion).

Ia juga mengunjurkan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) terus berkurangan kepada RM155 bilion-RM165 bilion pada 2025.

“Ini mengambil kira keperluan pembiayaan defisit kerajaan yang lebih kecil, sejajar dengan komitmennya terhadap penyatuan fiskal serta keperluan pembiayaan semula pada kadar sederhana untuk hutang matang tahun ini,” katanya.

Pada 2024, terbitan kasar MGS dan GII menyederhana kepada RM176.7 bilion, susut daripada RM190.9 bilion dicatatkan pada 2023.

Sementara itu, pasaran bon Malaysia menyaksikan aliran masuk dana asing menyederhana sebanyak RM4.8 bilion pada 2024 berbanding RM23.6 bilion pada 2023.

“Walaupun penjualan pasaran bon berkurangan menjelang akhir tahun, pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah menunjukkan kekurangan pemangkin dalam merangsang permintaan pelabur asing pada 2025,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here