Timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan antara dua individu direman disyaki minta dan terima rasuah RM600,000 di Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000 daripada syarikat-syarikat pelabur sebagai balasan membantu memudahkan urusan mendapatkan kelulusan yang dipohon .

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2019 hingga 2024.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here