Aliran trafik bergerak perlahan susulan berakhirnya cuti Tahun Baharu Cina dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) i selatan ke ibu negara mula sesak ekoran kepulangan warga kota ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 24 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 29 Januari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak (198,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (82,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (48,000) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE, 120,000).

LLM berkata, untuk mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh cuti perayaan itu, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Langkah-langkah tersebut ialah memastikan tiada penutupan Lorong syarikat konsesi lebuh raya kecuali kerja kecemasan bermula 23 Januari 2025 hingga 3 Februari.

Mengaktifkan laluan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dan pelaksanaan pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan bagi menambah baik aliran trafik.

Menurutnya, pelaksanaan larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Tahun Baharu Cina bermula 27 hingga 28 Januari dan 1 hingga 2 Februari dijangka membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara.

LLM menasihatkan orang ramai merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA oleh PLUS Berhad bagi perjalanan Lebuhraya Utara Selatan dan cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here