Antara 45 warga asing dari Pakistan Bangladesh yang diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) di Bangunan Terminal Utama Antarabangsa Terminal 1, KLIA, Sepang, pada Selasa.

SEPANG – Seramai 13 lelaki warganegara Pakistan dan 32 lelaki Bangladesh ditahan dan dibawa ke Pejabat Operasi Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, untuk menjalani proses usaha wajar (due diligence), pada Selasa.

Pengarah Imigresen KLIA, Ibrahim Mohd Yusof berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya setelah mendapati kesemua 45 warga asing terbabit tidak memenuhi syarat kemasukan pelawat asing ke Malaysia.

“Kesemua warganegara asing tersebut telah diberi Notis Penolakan Masuk (NTL).

“JIM KLIA akan meneruskan pemantauan di pintu masuk antarabangsa bagi memastikan keselamatan pintu masuk negara berada di tahap maksimum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara 45 warga asing dari Pakistan Bangladesh yang diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) di Bangunan Terminal Utama Antarabangsa Terminal 1, KLIA, Sepang, pada Selasa.

Terdahulu, Ibrahim memaklumkan pihaknya menjalankan pemantauan rutin di Bangunan Terminal Utama Antarabangsa Terminal 1, KLIA, dari jam 3 petang sehingga 6 petang, semalam.

Pemantauan ini dilaksanakan oleh Unit Kawalan Operasi KLIA Terminal 1, terdiri daripada seorang pegawai kanan dan empat pegawai pelbagai pangkat.

Semasa pemantauan, seramai 71 warganegara asing dari pelbagai negara telah diperiksa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here