Ab Rauf (tengah) ketika merasmikan Duta Riang Villa (DRV) Selandar, Jasin, Melaka hari ini

JASIN – Pembukaan destinasi pelancongan agro, Duta Riang Villa, yang menggabungkan kemewahan dan alam semula jadi mampu menjana ekonomi produk pelancongan baharu di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia juga contoh terbaik kepada pembangunan lestari yang tidak hanya mengambil kira aspek moden, malah turut mementingkan kelestarian alam.

Menurutnya, kawasan villa juga mengangkat konsep dalam kebun durian untuk pengunjung merasai pengalaman, mempelajari proses penanaman dan sejarah budaya yang kaya di sebalik Raja Buah itu.

“Kerajaan negeri akan menyokong usaha Duta Riang ini untuk diletakkan di dalam kalender pelancongan negeri apabila tiba musim durian kelak.

“Ini juga dapat menggalakkan lagi para pengusaha agar mengoptimumkan hasil pertanian di samping mempelbagaikan produk pelancongan yang dapat menarik perhatian pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Duta Riang Villa (DRV) Selandar, di sini, hari ini.

Hadir sama pemilik DRV yang juga pengasas Koon Huat Agriculture Group, Koh Eng Koon dan juga Pengarah Eksekutifnya, Koh Han Seng.

Ab Rauf Yusoh

Mengulas lanjut, Ab Rauf berharap usaha dimulakan DRV itu dapat terus menjadi pemangkin kepada rantaian ekonomi yang lebih positif khususnya komuniti setempat sekali gus memperhebat sektor pelancongan negeri Melaka.

“Sebenarnya, di Melaka ini ada pelbagai cara untuk mempromosikan agro pelancongan berdasarkan kepada kemampuan pelaburan itu sendiri yang pada masa sama menyokong dasar dibuat kerajaan negeri.

“Usaha syarikat ini yang telah bergiat aktif menghasilkan produk hiliran iaitu Musang Wang Gelato dengan menggunakan hasil buah-buahan segar dari ladang mereka sendiri mencerminkan satu kemajuan yang positif dalam sektor pertanian,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here