Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan kenyataan yang dibuat Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi adalah keputusan dasar sebelum ini dan perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini.