PARIS – Pembuat kereta Perancis, Citroen sedang menarik balik model popular C3 dan DS3 di seluruh Eropah kerana kerosakan berbahaya melibatkan beg udara buatan Jepun, kata syarikat induknya, Stellantis.
Pengilang berkata, penarikan balik itu akan menyasarkan kenderaan yang dijual di Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Moldova, Switzerland dan Ukraine dalam beberapa minggu akan dating.
Kemudian panggilan itu akan diperluas ke negara lain, lapor AFP.
Menurutnya, panggilan semula itu akan menjejaskan 869,000 kenderaan secara keseluruhan, termasuk 400,000 di Perancis.
Beberapa kematian telah direkodkan sejak 2014 melibatkan beg udara Takata, yang mendatangkan kecederaan pada bahagian muka pemandu kerana gas di dalamnya bertindak balas terhadap haba dan kelembapan.
Pengeluar utama termasuk Volkswagen, Nissan, BMW dan Toyota telah menarik balik berjuta-juta kenderaan yang mengandungi beg udara. – Agensi