Mondy bersama Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengarahkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membayar RM20,000 kepada Ebit Lew kerana memfitnah pendakwah itu telah merogolnya.

Ebit Liew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew yang memaklumkan perkara itu dalam laman sosialnya berkata, Mandy perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 dan faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.

“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” katanya sambil berkongsi tangkap layar writ saman Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Ebit Liew juga mendedahkan saman beliau terhadap penyanyi dan penulis lirik, Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli yang menyiarkan podcast berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei ini.

Pada 6 Jun tahun lalu, pasukan pendakwaan tidak meneruskan dakwaan tuduhan rogol Mondy, susulan itu Ebit Liew telah memfailkan saman terhadap wanita itu dan Caprice. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here