15 lelaki warga Bangladesh direman bantu siasatan merusuh.

BALIK PULAU – Seramai 15 lelaki warga Bangladesh direman empat hari bagi membantu siasatan merusuh dengan mencederakan seorang lelaki tempatan di sebuah tapak pembinaan kawasan perindustrian Bayan Lepas dekat sini.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Januari itu dikeluarkan Majistret, Chia Huey Ting terhadap kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 54 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah jam 8.20 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 54 tahun.

MalaysiaGazette difahamkan, berlaku perselisihan faham antara penyelia warga Bangladesh dengan penyelia tempatan tapak pembinaan tersebut sebelum berakhir dengan insiden merusuh.

Kejadian jam 4 petang itu turut menyebabkan mangsa lelaki tempatan berusia 30-an mengalami kecederaan pada kepala namun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital berhampiran.

Difahamkan, kesemua warga Bangladesh itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here