PATI dipercayai warga Myanmar dalam Op Taring Wawasan Kelantan, semalam. foto Briged Tenggara PGA

KUALA LUMPUR – – Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia yang dikesan di Kg Chenerai Alor Pasir, Pasir Mas, Kelantan.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota PGA pada jam lebih kurang 5.30 pagi semalam apabila menyerbu sebuah rumah atas maklumat penyeludupan PATI dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua orang lelaki dan empat orang wanita termasuk 4 kanak-kanak disyaki warganegara Myanmar ditemui dalam rumah tersebut.

Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sah.

Semua suspek tersebut disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Menurutnya, seorang lelaki berumur 37 tahun yang merupakan pemilik rumah disyaki menjadi tekong untuk menyeludup semua suspek warganegara Myanmar masuk ke negara ini.

Semua pendatang asing tanpa izin itu ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Sek 26H Akta ATIPSOM 2007 dan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here