Naazron Abdul Yusof

KAJANG – Seorang remaja lelaki ditemukan orang ramai dalam keadaan tidak bernyawa selepas terjatuh dari tingkat 12 di sebuah bangunan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja yang bekerja sebagai pekerja sambilan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Polis Daerah Kajang menerima maklumat menyatakan terdapat kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di kawasan Kajang, Selangor jam 12.34 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Naazron juga berkata, polis juga menemui sepucuk senjata api dan peluru di dalam kenderaan dipercayai milik remaja berusia 19 tahun itu.

“Hasil siasatan lanjut pihak polis juga telah menjumpai pistol semi automatik dan peluru di dalam bagasi yang berada dalam kenderaan milik si mati.

“Hasil semakan awal remaja terbabit tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut berkenaan penemuan ini sedang dijalankan,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan.

“Siasatan kematian mengejut (SDR) juga sedang dilakukan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here