Ab Rauf Yusoh

JASIN – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masih berteka teki mengenai senarai baharu rombakan 10 portfolio Exco negeri.

Sebaliknya, Ab Rauf berkata, ketika ini beliau sedang meneliti kesesuaian untuk kesemua penyandang jawatan sebelum ini.

“(Rombakan) Exco tetap akan berlaku. Saya tunggu ilham dalam mimpi.

“Saya sedang mengkaji, meneliti dan memberikan pertimbangan yang tinggi untuk perubahan dalam portfolio ahli Exco terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Duta Riang Villa (DRV) Selandar, di sini hari ini.

Hadir sama pemilik DRV yang juga pengasas Koon Huat Agriculture Group, Koh Eng Koon dan juga Pengarah Eksekutifnya, Koh Han Seng.

Ab Rauf (tengah) ketika merasmikan Duta Riang Villa (DRV) Selandar, Jasin, Melaka hari ini

Bulan lalu, Ab Rauf mengakui akan melakukan rombakan Exco negeri sedikit masa lagi selepas timbul desas desus perkara itu sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya rombakan hanya membabitkan pertukaran portfolio tanpa ada penyandang yang digugurkan.

Ditanya mengenai adakah kemungkinan dua Exco Kanan dilantik berbanding satu ketika ini, Ab Rauf mengesahkan tiada perkara sebegitu akan berlaku.

“Tiada Exco Kanan Kedua sebab mana boleh nanti berat sebelah (menyukarkan pentadbiran) dan sudah pasti portfolio yang bakal dirombak itu tidak akan membebankan seseorang ahli Exco.

“Kita akan melaksanakan mengikut susunan Kabinet, jadi saya akan membuat pengasingan supaya keseimbangan dan tanggungjawab itu dapat dirasai semua,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here