SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya subjek undang-undang berjaya disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subjects 2025 dengan kedudukan 176-200.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, pencapaian ini menandakan kemajuan signifikan UUM dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka, khususnya dalam bidang undang-undang di persada antarabangsa.

Menurutnya, kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih seluruh warga universiti dalam aspek penyelidikan yang berkualiti tinggi, reputasi antarabangsa yang semakin kukuh, serta sokongan terhadap kecemerlangan akademik.

“Pusat Pengajian Undang-undang UUM telah menunjukkan peningkatan ketara dalam penghasilan penyelidikan berimpak tinggi, selain berjaya membentuk rangkaian kerjasama strategik dengan institusi dan badan profesional antarabangsa.

“Graduan undang-undang UUM juga diiktiraf di peringkat global dan syarat kemasukan agak ketat kerana permintaan terlalu tinggi,” katanya.

Edisi THE World University Rankings by Subjects 2025 kali ini menilai institusi pengajian tinggi berdasarkan 5 tunjang utama yang membentuk 18 petunjuk prestasi dengan komponen penilaian adalah pengajaran, persekitaran penyelidikan, kualiti penyelidikan, imej antarabangsa dan industri.

Penarafan berkenaan juga meletakkan UUM antara universiti terbaik dunia yang dinilai bagi subjek tersebut, seterusnya disenaraikan dalam kalangan 389 universiti yang terpilih.

Antara subjek lain yang tersenarai dalam THEWUR by Subject 2025 termasuklah Business and Economics (201-250), Education Studies (201–250), Social Sciences (301–400), Physical Sciences (401–500), dan Computer Science (601-800).  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here